Sunday, July 5, 2015

::AIR KETUBAN BANYAK::

semakin hari ku rasa perut ku semakim membesar..sedangkan kandungan baru 32 minggu..
alamak..adakah sebab aku ada kencing manis??

semakin hari semakin tak larat..perut menegang...belakangku sakit..nak batuk pun sakit perut...
allahuakbar....

kat sekolah aku macam nak nanges..terlampau sakit belakang...
nk drive ke sekolah pun taklarat....

ya Allah...lamanya nk tunggu 6 minggu lg...
tak palah aku tuggu review dengan dr NIAMAT kt kkia tuaran..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
tiba masanya aku review dengan dr di kkia,,mak tercinta teman...
masuk je bilik doktor...cek darah...agak tinggi...
dr minta aku baring...
dia pegang perut...dia geleng kepala...tegangnya perut...besarnya baby kamu ni...kamu tak kawal makan ka???

dr pun start scan..uis...banyaknya air ketuban kamu...bayi kamu kecil ja...
air ketuban normal 12 hingga 20..tapi air aku 29.6...

so...apa lagi...terus ke hospital la aku...dengan ambulans...
dr xbagi aku drive...
hubby datang klinik ambil mak...aku kehospital...
sakit pinggang n belakang bertambah sakit...naik ambulans...terhentak2 macam naik kuda...huh...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sampai je hospital..aku masuk blik penilaian...punya la ramai...dahla lapar...aku msj hbby minta bawakkan barang2 dan makanan...
dr scan lg...air ketuban aku 36...mak aih..bnyaknya..patotla mcm nk meletup perut aku...
dr arahkan aku admit di wad...untuk tindakan pakar...

esoknya doktor pakar datang cek...dia kata nk buang air ketuban aku...buat amnio reduction...ok lah doktor...saya akur dengan ujian ini..aku tak slahkan takdir...aku tak slahkan sesiapa...ini semua sudah ketentuan...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

::GDM::

apa tu GDM??
aku diminta minum air gula...jam 8 am ambi darah...setelah berpuasa...bacaan gula 5.6
minum air gula yang pekat dan likat...huekkkk...jam10 am ambil darah semula...bacaan 8.7...alamak....tinggi la pulak....
aku disahkan menghidap kencing manis ketika hamil...

dugaan kedua setelah disahkan hamil...
takpa lah.redha atas ketentuan...

aku diminta buat BSP (blood sugar profile)
kali pertama buat...FAILed....

aku diminta admit...
bermalam la aku di wad 1 malam...

setiap kali doktor cek  mesti doktor akan ckp..."puan tahu kondisi bayi puan??kenapa nak teruskan??skrg ada GDM suda"

hai doktor..ni sudah takdir....takkan saya nk tolak takdir...

takpa baby...ummi akan teruskan kandungan..umi tak banyak masa bersama kamu nak...

aku diminta jaga makan...diet control...jauhi gula...
dikhuatiri bayi ku terlalu besar hingga mendapat risiko semasa proses bersalin...

baiklah...aku akur....

::GUGURKAN ATAU TERUSKAN???::

balik dari jumpa pakar..aku menangis dalam kereta..fikiran ku berkecamuk...
doktor suruh aku gugurkan...tp aku takut dosa...
suami aku tanya beberapa ustaz..ada ustaz yang suruh ikut cakap pakar..ada ustaz kata better teruskan..
dalam islam pun takda hukum yang khusus dalam kes ini...

anak aku menghidap anencephaly...
kalau dia lahir pun xdpt survive...

INFO mengenai ANENCEPHALY

Anencephaly adalah kecacatan lahir bawaan (dari kata Latin congenitus “terlahir dengan”). Anencephaly terjadi pada tahap awal terjadinya kehidupan di dalam kandungan. Arti kata anencephaly sendiri adalah “tanpa adanya encephalon”, encephalonmerupakan kumpulan pusat saraf otak. Pengartiannya ini tidak sepenuhnya benar. Walaupun seorang bayi anencephaly dilahirkan tanpa kulit kepala, tempurung kepala vault of cranium, meninges, hemisphere otak dan cerebellum, biasanya bayi terlahir dengan sebagian batang otak cerebral trunk, brainstem (Müller 1991).
Hampir 75% bayi anencephaly yang lahir pada waktunya, selamat pada saat persalinan. Harapan hidup untuk bayi yang selamat setelah lahir hanyalah beberapa jam atau beberapa hari saja (Jaquier 2006).
Kira-kira 20% bayi anencephaly menderita kecacatan bawaan lainnya (Botto 1999)

Illustration of a baby with anencephaly
HUKUM GUGURKA KANDUNGAN

KANDUNGAN YANG CACAT
Pada zaman sekarang kita melihat kemajuan yang telah dicapai oleh ahli kedoktoran dan genetic dalam menyelidik sesuatu kajian. Mereka bukan sahaja dapat mengetahui jantina bayi dalam kandungan bahkan dapat mengkaji keadaan bayi tersebut samaada normal ataupun cacat, tahap kecacatan sesorang bayi, tempoh hayat bayi yang cacat dan sebagainya.
Maka, kepakaran yang ada pada ahli perubatan dan genetic ini boleh membantu sedikit sebanyak bagi menyelesaikan permasalahn hukum yang berkaitan dengan bagi yang bayi yang tidak normal ini.
Para ulamak berpendapat sekiranya janin yang berada dalam kandungan itu mempunyai masalah genetic yang boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius apabila dilahirkan, maka diharuskan untuk menggugurkan kandungan tersebut sekiranya janin tersebut belum berusia 120 hari.
Tetapi sekiranya janin tersebut usianya telah melebihi dari 120 hari, iaitu selepas ditiupkan rohnya, maka ulamak meletakkan kaedah pertimbangan antara mudharat yang ada dan mengambil mudharat yang lebih kecil. Sekiranya kecacatan yang dialami oleh bayi tersebut tidak membawa kepada kematian ataupun kecacatan tersebut boleh dirawati selepas dilahirkan maka disepakati oleh ulama bahawa tidak boleh menggugurkan janin tersebut.
Adapun sekiranya kecacatan tersebut adalah kecacatan yang besar, serta tidak boleh dirawat, dan boleh membawa kepada kematian suatu hari nanti ataupun melambatkan pertumbuhan , sebagai contoh : bayi yang berada dalam kandungan tersebut mengalami kecacatan pada otak, yang menyebabkan tidak boleh berfikir ataupun menyebabkan gila. Maka diharuskan proses pengguguran tersebut.
Keharusan menggugurkan ini diberikan kerana melihat setiap zuriat yang selamat dan normal yang diberikan oleh Allah adalah nikmat, adapun sekiranya tidak normal, maka ianya tidak dikira sebagai nikmat bahkan bala dan bayi yang dilahirkan tersebut tidak pula mampu untuk hidup dalam keadaan cacat. Maka ianya menjadi satu keharusan untuk digugurkan walaupun selepas dari 120 hari. Tetapi doctor yang merawat pesakit terebut hendaklah bijak dalam menentukan tahap kecacatan yang dibolehkan oleh syarak untuk digugurkan berdasarkan garis panduan yang telah diberikan tadi.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
setelah berfikir..berdoa...maka aku rasa mahu teruskan kandungan..selagi tidak memudaratkan diriku..bukan lamapun kan..ada 4 bulan je lg...aku nak bersama anak dalm kandungan ku..mungkin ada hkmah semua ini...

Sunday, June 28, 2015

::APOINMENT WITH SPEACIALIST::

Tiba masanya aku perlu hospital likas untuk jupa pakar.
Tgu gliran pnya la lama..nsb baik hubby teman

Smp je gliran aku..thap dbran aku xleh nk tampung lg..
Smp doc cek BP aku.ada tgi skit.

Doktor pn mula kan temubual.
Dr:puan tau knpa puan perlu drujuk d sini?
Aku:tau.bebi sy anencephaly.
Dr:jd puan.merujuk kepada pakar.puan dsarankn untk gugurkn bayi puan.
Aku:em..(pndang hubby.hubby tkebil2)
Bleh x sy nk jumpa doktor lain.pkar yg beragama islam ada...?
Dr:bleh.kta jupa dr dayang.

Dr dyang scan lg.dn sahkan bebi aku xda tisu otak
Dia pn sarankan aku gugurkan

Kami mtak tempoh la dr.bg kami bncang n fkir.bkn smang nk gugurkan.lg2 dah ada nyawa.n da 5 bln kmdungan.kata hubby.aku pn brsetuju.

Kami pulang.dgn hti yg sgt xtenang.
Hubby try cntct ustaz,try cntct kwn2 mtak pndapt.
Mtak pndapat fmly.

Aku bingung.aku tkt dosa jika gugurkm kndungam
Lgpn bebi ni zuriat kami.apa dosa dia...
Ya Allah.pmudahkan lah

Thursday, June 18, 2015

::EXCITED VS TERKEJUT::

Da genap 19minggu.
Masa ni nak buat detail scan.
Excitednya saya..hubby tnya."nak abg teman ke?"
Alah abg ni..scan je pun
Sinpan cuti tu bang.hehe
pg tu siapkn aisyah..then anta dia pg taska.
msa nk kua dr rumah..aku tlanggar buaian dpn umah
Nasib baik xda calar.huhu
dalam hati da terdetik
mcm ada sesuatu je ni.
aku slawat byk2..then drive anta aisyah..trus pg klnik ibu anak

sbrnya aku tgu giliran..dahla ramai..nasib nadiatun tlg booking number
smpaila gliran aku..aku jumpe doc haris.
Lemah lembut sgt.
mula la dgn tmu bual mcm2 dia tnya aku

Last skali dia minta aku baring
Untuk buat detail scan
Excited nya.nk tgk my baby.
masa scan bkerut2 dahi dr haris
Hati aku da mula xsdap.mcm2 aku fkir
Knapa dr ni..dia tny sblum ni pnah scan?
xpenah dr.hehe.
then dr haris pangil dr niamat..dr niamat pulak scan
then dr niamat ckp.cnfirm.kamu inform slow2 kt puan ni
Hai.drama apa ni?

Ni dialog aku n dr hari
dr haris=d
aku=a

d:puan.sila dduk.bdasarkn scan td.kami dapati ank puan dlm kndungan ada mslah
a:owh.jd dr.mslh pe ye?
d:dia tiada ptmbuhan tisu otak
a:jd dr?mcm ne tu?
d:anak puan mgkin mati dlm kndungan.atau kalau dia lhr
dia xdpt survive.mgkn beberapa jam je dpt hdup
a:owh.cmtU.
d:eh.puan ni fham x sy explain?mcm xfhm je.(aku fhm tg aku tkejt n cube kwl emosi ni)
a:faham dr.jgn risau..(aku snyum)
d:kami wt surat.puan jumpa pakar ya.
a:ok2 dr.

aku pn kua bilik dr.n msej hubby.air mata da mgalir sikit
dpt surat.aku lari pg kt kete.tpon hubby n mak
msa ni aku nanges teresak2.xthn dah.dugaan apakah ni?ya Allah

::BOOKING BUKU PINK::

Masa booking buku pink..kandungan da 15 minggu
aku lambat booking..bukan apa..aku uruskan aisyah..
chekup aisyah..aisyah masuk wad lg.
jd aku lmbt booking..ye la urusan anak lg penting.

Nurse bg tarikh jumpa doktor masa kandungan 19mgu
Excited nk wat detail scan
Nak tgok adik aisyah.


::REZEKI ALLAH::

Masa 5 nov..aku punya period mcm lmbt
dalam naluri hati da terkata,yeay aisyah nak dpt adik
masa tu hubby outstation kt perliS 
aku kt umah dgn aisyah.bdn start letih n lesu
aku gagahkan dri pg watson beli pregnant test 

Alhmdulilah.positif
Rezeki Allah
jgn ditolak.excitednya masa ni.